Friday, December 9, 2011

LADY DRIVER?

Macam hari-hari sebelumnya, hari itu saya bertolak awal kepejabat.

Disebabkan sekarang ni musim cuti sekolah, keadaan di jalanraya tidaklah sesak sangat. Lalu lintas pula begitu lancar, serta cukup terkawal.

Kalau macam nilah selalu, alangkah bahagianya.

Setelah hampir 10 minit memandu, kenderaan saya kemudiannya terpaksa berhenti seketika. Saya bukanlah sesaja nak berhenti, di mana-mana tempat yang saya suka.

Sebenarnya saya hanya ingin menjadi seorang pemandu yang berhemah serta patuh terhadap undang-undang yang termaktub semasa berada jalanraya. Lagi pun, jalanraya tu bukanlah bapak saya yang punya.

Saya tekan brek pun, ada sebabnya.

Sebabnya ialah kerana lampu isyarat yang berada di hadapan, berwarna merah. Kalau saya main redah, silap-silap haribulan, saya kena saman. Kalau dah kena saman, sendiri jugak yang susah.

Sambil dok melangut sementara menunggu cekadak tu bertukar kaler, jadi izinkanlah saya untuk mengelamun sebentar.

Di kesempatan yang terluang, saya pun mengambil peluang untuk melepaskan fikiran ini dari terus terkurung di dalam sangkar. Biarlah ia pergi menerawang jauh, terbang sebebasnya, walaupun cuma hanya sebentar.

Sesungguhnya tahap lamunan yang terhasil begitu tinggi sekali, sesayup bangunan kondo yang tersergam. Alah, kondo yang sekarang ni bukan hanya setakat menjadi tempat tinggal manusia, tapi sekarang ni kalau mahu, lembu pun boleh jugak menghuni di dalamnya.

Bercakap pasal isu lembu dan kondo, realitinya memanglah begitu.

Kalau dah manusia tu, manusia jugaklah. Manusia kalau dah berak di tengah jalan, jangan haraplah ada sesiapa yang nak mengaku itu adalah tahinya.

Dan sebagaimana yang dijangka, macam pendekar, nafi menafi dan tepis menepis pun hebat berlaku. Tapi bangkai seekor gajah, bolehkah ditutup dengan nyiru?

Menerusi cermin pandang belakang, saya terperasan sesuatu. Saya terperasan kenderaan yang berbaris di belakang saya, tidak memadamkan lampu.

“Ish, cuaca terang benderang, awat pasai yang dok gatai pasang lampu? Mungkin pemandunya terlupa kot. Atau mungkin jugak pemandunya sesaja nak test bateri baru,” rungut saya sorang-sorang.

Terpandang tudung yang dipakai, barulah saya terperasan yang pemandu kereta tersebut adalah seorang wanita.

Ciri-ciri kewanitaan yang terserlah menerusi tudung yang dipakainya, secara automatik telah melayangkan diri ini keudara, persis terbangnya seorang superman. Dan sebagaimana mitos yang dicanang menerusi filem bikinan orang putih, sesungguhnya seorang superman berhati mulia. Superman diprogram untuk suka menolong orang lain, tak kiralah siapa.

Lagi satu, seorang superman selalunya tidak pernah gagal sewaktu menolong orang lain, terutamanya golongan wanita yang lemah serta tidak berdaya.

Pagi itu saya pun teringin jugaklah untuk memitoskan diri, sekaligus menjadi seorang superman.

Ingat, seorang superman yang tulen selalunya tidak pernah gagal sewaktu menolong orang lain, terutamanya wanita. Maklum sajalah, mereka adalah golongan yang lemah serta tidak berdaya.

Saya lantas menurunkan cermin tingkap.

Kemudian saya menghulurkan tangan menerusi tingkap yang terbuka, sambil memberikan isyarat kepada pemandu wanita tersebut agar segera memadamkan lampu keretanya.

Lampu isyarat di hadapan sudah bertukar hijau.

Kereta saya pun bergerak kehadapan, membawa bersama harapan tuannya yang kecundang. Bantuan yang ingin dihulurkan, ternyata gagal untuk dikesan.

Pagi itu saya bertukar kewatak yang tidak pernah ada didalam skrip filem bikinan orang putih. Saya menempa satu sejarah : menjadi seorang superman yang tewas di dalam misi yang digalas.

“Cis, keluar masuk simpang, ikut suka hati. Atau tukar lorong memandu, main sondol mana yang sempat. Atau paling tidak pun, bukak lampu kereta tak reti-reti nak tutup balik walaupun di siang-siang buta. Hah, itulah sikap kebanyakan pemandu wanita,” bebel saya sendirian sambil menjeling kearah kereta yang dipandu oleh wanita tadi. Kereta itu memotong kenderaan saya melalui lorong sebelah kiri, menderu laju dengan lampu yang terus terpasang.

Selang beberapa minit kemudian, saya pun tiba di perkarangan pejabat.

Dengan penuh berhati-hati, saya memakir kenderaan di petak yang masih terdapat banyak ruang yang kosong.

Selepas mematikan enjin, saya pun mencabut kunci. Sebaik kunci tercabut, ketika itulah telinga ini terdengar bunyi isyarat yang berdesing secara tiba-tiba.

Isyarat yang menandakan lampu kereta saya, masih belum dipadamkan.

La la la….

7 comments:

cikpia said...

he he...... ada sifat 'lady' dalam diri ker?

sedih naper pemandu perempuan selalu dipandang enteng. walaupun kekadang saya sendiri meluat ngan pemanduan kaum sejenis ni......

Fakur said...

cikpia :

Salam. Terima kasih diatas komen anda. Maaf kalau tersinggung.

Sebenarnya saya sendiri kurang bersetuju dgn tanggapan negatif setengah pihak terhadap cara orang perempuan memandu kereta. Sebab itulah saya letakkan tanda soal (?) pada tajuk entri kali ini.

Kalau tak silap dalam catatan terdahulu, saya pernah ceritakan tentang kisah rakan saya yang dimaki hamun oleh seorang Pak Haji semata-mata kerana kesilapan kecil semasa di jalanraya. Itu membuktikan bahawa sikap buruk pemandu di Malaysia (tidak semua), tidak pernah mengenal jantina, peringkat umur atau pun status kedudukan.

Dan sikap sebenar seorang itu akan nampak lebih ketara sewaktu dia memandu kereta.

makwe joni said...

keh keh keh...

last2 kena ke diri sendiri rupanya..
ini ialah cerita kelakar lah pakcik..

Fakur said...

makwe joni :

Apa khabar, nak. Lama tak mai, mana menghilang?

makwe joni said...

alhamdulillah..baik baik saja pakcik.
^_^

ada hal sikit, tu yg jarang mai. sori ha pakcik

junegenie said...

kelako kelako... mujur ada alarm... kalau tak kering bateri... hehehh

Fakur said...

makwe joni :

Dah pandai cakap Kedah nooo...


junegenie :

Semoga puan dipermudahkan dlm apa juga urusan. Seronok bila orang yang hebat macam puan sudi menjengah & meninggalkan catatan di sini.