Sunday, December 25, 2011

LAWAK ANTARABANGSA

Kita semua mungkin mudah ketawa,terutama sekali apabila tengok orang buat lawak.

Apabila tengok orang buat lawak yang sedikit menggeletek hati kita, kita pun ketawalah. Kita pun ketawalah sampai mengekek-ngekek.

Tapi sebenarnya kalau hanya setakat tahu nak ketawa tu, sapa-sapa pun boleh buat. Jangankan orang tua, budak-budak pun boleh buat. Itu semua kerja mudah.

Yang susah ialah buat lawak kasi orang ketawa.

Untuk kasi orang ketawa, kita memerlukan kepakaran.

Dan tak ramai orang yang memiliki kepakaran seperti itu. Kepakaran untuk menggeletek hati orang lain supaya mereka ketawa apabila melihat aksi lawak kita.

Tetapi sekarang ni tugas sebagai seorang pelawak dah jadi semakin mudah. Ianya dipermudahkan oleh kehendak kebanyakan penonton kita (tidak semua) yang berselera rendah.

Kalau tak percaya cakap saya, tengoklah TV.

Jadi apabila muncul di pentas, kita mestilah memenuhi kehendak terbanyak itu. Jangan kita melawan arus.

Masa tu kita bolehlah berpakaian macam orang kurang siuman kerana dengan memakai pakaian seperti itu, orang tentu sekali akan ketawa. Orang tentu sekali akan ketawa walaupun pada hakikatnya diri kita sendirilah yang kurang siuman kerana berlawak seperti itu.

Tapi jangan bimbang, orang tak perasan punya akan ketidaksiuman kita. Orang tak perasan kerana kebanyakan mereka berselera rendah.

Yang penting ialah kita berpakaian macam orang kurang siuman. Kalau kita sanggup melakukannya, itu bermakna kita telah berjaya memenuhi kehendak mereka. Mereka tentu sekali akan ketawa.

Atau kita boleh juga berlagak macam budak Tadika yang hisap susu botol. Lagi real kalau kita cakap pelat-pelat.

Atau kalau kita ni lelaki, kita bolehlah memakai pakaian orang perempuan siap pasang rambut palsu, pakai bra, kasut tumit tinggi, celak, dan gincu bagai. Masa jalan tu pulak, jangan lupa kasi tonggek sikit bontot tu.

Atau kita boleh juga jadikan kekurangan bentuk fizikal orang lain sebagai bahan utama di dalam persembahan lawak kita. Kita bolehlah kenen-kenen segala kekurangan tersebut, kemudian highlight supaya orang ketawa.

Masa berdialog pulak, jangan lupa acara wajib. Jangan lupa selitkan istilah yang ada maksud double meaning. Hah, yang lucah gerenti jadi lucu.

Tapi sekarang ni dunia lawak sudah mampu menembus sempadan. Bukan sekadar orang biasa-biasa, sekarang ni orang besar-besar pun nak tunjuk bakat jugak dalam seni buat lawak.

Mana tidaknya, sebagai contoh setiap kali kalau kita meneliti senarai orang yang dapat pingat kebesaran, mata kita akan terjegil.

Mata mana tak terjegil kerana di kalangan mereka yang dapat anugerah tu, ada yang bukannya menyumbang apa-apa jasa pun kepada negara, bangsa dan ugama.

Hah, bukankah itu juga lawak namanya?

1 comments:

makwe joni said...

pakcik
diorang dapat anugerah tu sebab mengenangkan sumbangan diorang menghiburkan orang ramai

ooooo...terhiburnya...terhiburnya
'sangaaaaaattt terhiburrrrrrr'

keh keh keh