Alangkah manisnya kalau ikatan dua sejoli yang terjalin, akhirnya termetrai di jinjang pelamin.
Detik bersejarah sebegitu adalah merupakan kemuncak terindah yang mewarnai episod sebuah percintaan.
Dalam perlawanan bolasepak pula, kemuncak terindah juga ada, tetapi dinukilkan dalam versi yang agak berbeza.
Dalam perlawanan bolasepak, setiap kali kita menyaksikan bola bergolek tak kiralah samada laju ataupun perlahan, tetapi masuk menggegar jaring pasukan lawan, secara automatik kita juga akan berasa terangsang.
Rangsangan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kemuncak orgasma’ yang cukup istimewa. Wabak pelik tersebut hanya melanda keatas diri peminat bolasepak sahaja.
Saya pun merupakan seorang peminat bolasepak, macam anda juga.
Malangnya menonton perlawanan bolasepak yang disiarkan secara langsung di kaca TV baru-baru ini, sedikit pun tidak membuatkan saya berasa terangsang.
Malam itu, walaupun dalam keadaan amat bersedia, tetapi sampai kesudah ‘kemuncak orgasma' yang dikatakan cukup istimewa itu, tidak berlaku keatas diri saya.
Itu bukanlah sesuatu yang pelik, kerana saya ada dalil paling muktabar untuk menyanggah segala jenis kepelikan, jika ada.
Betapa tidak, malam itu saya dapati corak permainan sebuah ‘pasukan yang kita sokong,’ begitu lembik ketika bersaing. Malam itu juga tidak ada bola yang menerjah jaring.
Kelembikan tersebut begitu ketara lagi kronik, sehingga seperti tidak mampu untuk disembuhkan oleh sebarang penawar atau mana-mana doktor yang ada di dunia.
Dan apabila wisel panjang ditiup, sebagai penyokong, saya rasa sedikit ‘teruja.’
Betapa tidak, malam itu rekod kebal tanpa menang ‘pasukan yang kita sokong’ setelah mengharungi 3 perlawanan, telah berjaya dikekalkan dengan amat selamba.
Bukan terhenti setakat itu, keselambaan tersebut turut diiringi dengan satu lagi catatan rekod gemilang yang amat sukar untuk dipecahkan : iaitu tidak berdaya menggegar jaring pasukan lawan.
Ini bermakna keinginan para penyokong untuk berasa terangsang jadi terbantut, apatah lagi untuk membolehkan mencapai ‘kemuncak orgasma,’ yang selama ini diidam-idamkan oleh mereka semua.
Malam itu keadaan padang yang kelihatan begitu teruk, nampak amat bersesuaian benar dengan prestasi teruk ‘pasukan yang kita sokong.’
Seakan ada keserasian pula di antara 2 elemen tersebut, yang nampaknya secocok serta saling bantu membantu. 2 elemen tersebut saling tak tumpah persis bulan dan bintang, juga bagaikan irama dan lagu.
Jumaat nanti ‘pasukan yang kita sokong’ itu akan berentap lagi. Jadi menjelang hari tersebut, berbagai persoalan bermain di minda :
Apakah mereka mahu berubah atau sekadar menadah tangan bersyukur dengan apa yang dikecapi sekarang?
Atau apakah mereka berjaya melebarkan rekod yang dipegang iaitu tanpa menang atau tanpa mampu menggegar jaring pasukan lawan, biarpun sudah memasuki perlawanan yang ke 4?
Atau apakah Jumaat nanti mereka akan bangkit untuk menukar skrip perlawanan, sekaligus buat pertama kali membangkitkan keghairahan kita para penyokong untuk berasa terangsang?
Atau apakah juga Jumaat nanti untuk julung-julung kalinya kita akan mencapai ‘kemuncak orgasma yang terindah,’ yang selama ini diidam-idamkan oleh semua?

4 comments:
tukar tajuk post ye encik fakur.penulisan yang penuh analogi.
Bro, saya tidak berkesempatan menonton siaran itu, tetapi agak kecewa melihat result di dada akhbar... something is wrong with our team.
Betapa tidak,
Semalam juga Mengekalkan rekod
‘pasukan yang kita sokong’
setelah mengharungi 4 perlawanan, telah berjaya dikekalkan dengan amat selamba.
kipas koyak:
saya juga terperasan anda sering jadi orang pertama yg membaca catatan saya. terima kasih diucapkan.
tok pin & de'din:
lama tak mai? taktau la apa nak cakap awat susah sangat la nak menang...
Post a Comment