Entah kenapa sejak akhir-akhir ni tiba-tiba saja saya amat rajin menulis. Kerajinan itulah yang mendorong saya untuk lebih kerap mengupdate blog ini untuk tatapan anda para peminat sekalian, cewah.
Dah pernah saya katakan dulu, saya jadikan bidang penulisan sebagai sesi terapi minda. Bila minda sihat, badan pun cergas. Bila badan cergas, macem-macem boleh buat.
Lagi satu nak royat, bukan nak cakap besarlah. Saya sebenarnya boleh buat duit dengan menulis, kalau duitlah yang jadi buruan. Tapi sayangnya saya menulis bukan kerana duit, apatah lagi kerana nama.
Saya boleh tulis novel sebijik macam yang ada berlambak kat pasaran, kalau saya mahu.
Tapi sayangnya jugak, saya lebih selesa berada di sini, bergelumang di dalam Tong Sampah ini walaupun kadang-kadang saya macam orang meroyan yang cakap sorang-sorang sebab tak ada sorang pengkomen pun yang datang nak mengomen apa yang saya catatkan.
Tapi itu semua bukanlah masalah pokok. Ada orang suka mengomen. Ada pulak yang lebih suka meromen.
Sebenarnya bagi saya bukanlah susah sangat nak tulis novel, terutamanya novel cinta. Cakap besar tu tak naklah. Senang banget gitu, seneng kaceng.
Plot sebuah kisah cinta amatlah mudah untuk digarap. Macam nilah lebih kurang :
A suka kat B, tapi B suka kat C.
Konflik cinta antara A, B dan C semakin bercelaru kerana tiba-tiba muncul pulak D. D pengaruh orang tua B supaya dia dipilih jadi menantu. Ayah C pulak dah ada calon lain iaitu E. Manakala emak A berkenan kat F iaitu anak kepada kawan lamanya G, sepupu H.
Di sebabkan novel tu agak tebal macam buku panduan telefon, jadi alphabet terakhir iaitu Z pun berpeluang jugaklah untuk membuat penampilan.
Gitulah lebih kurangnya.
Saya pun pusing sana, pusing sini, cetus konflik sana, cetus konflik sini. Itu semua adalah semata-mata untuk bikin pembaca fenin kapla. Lagi pusing, lagi fenin, lagi baik.
Babak ‘kebetulan’ jugak mesti ada.
Tu acara wajib tuh. ’Kebetulan’ apa-apa punlah. Bukannya apa, kalau tak ada bab ‘kebetulan,’ nampak macam tak lengkap. Tak lengkap macam pi buat umrah tapi tak mau sa’e.
Lagi satu, gaya bahasa atau teknik penceritaan mesti liuk lentuk bunga-bunga. Ada madah, perlambangan dan kias ibarat. Maklom sajalah, kisah cintalah katakan. Itu jam, tengok tahik pun nampak macam bulan.
Jugak biollah saya kalau saya lupa nak selit babak pantai. Bukannya apa, kalau ada ombak, ada pantai, huh, adalah rindu. Tu semua pelengkap tu.
Saya pun dodoilah pembaca dengan kisah cinta rewang serabai yang mengkhayalkan sebegitu. Saya khayalkan mereka seperti orang yang sedang memberi candu. Kalau ikut trend terkini, candu itulah yang mereka mahu.
Kalaulah saya mampu mendisiplinkan novel yang bakal saya tulis nanti dengan menepati acuan yang hadam sebagaimana tabiat kelaziman, saya gerenti buahtangan saya itu akan mendapat sambutan hangat di kalangan peminat tempatan.
Silap-silap haribulan, novel tu jadi best seller dan meletup-letup gitu. Silap-silap haribulan jugak, kemudiannya tertubuhlah saya punya fanclub, yang fungsinya saya sendiri pun tak tahu.
Oleh kerana nama Fakur ni taklah seglamer mana untuk menggamit minat pembaca, jadi saya kenalah fikir jugak untuk tukar ke nama lain, macam penulis lain. Alah, ke nama yang glamer-glamer sikit bunyinya walaupun takde sebarang makna, sebab itu jugak adalah salah satu kehendak semasa.
Cis, sayangnya tak terdetik langsung di fikiran ini biar secubit beras sekali pun untuk menjerumuskan diri kelembah penulisan novel. Biarlah bidang yang sudah sesak itu hanya disesakkan oleh penulis lain, bukannya diri saya. So, please count me out…
Dan kerana saya bernama Fakur juga, maka saya lebih senang bergelumang di Tong Sampah ini. Jangan bimbang para peminatku, cewah, kalau ada masa terluang Fakur akan terus mengetuk papan kekunci sambil menyembunyikan identiti, tetapi tidak pernah untuk menyembunyikan sebuah kesungguhan.
Oh ya, sikit hari lagi saya akan jadi seorang jutawan.
Sejak giat berblogging bermula tahun 2008, sekarang ni akaun nuffnang saya dah semakin membiak. Yabedabedu nak habag bagi, sekarang ni dah ada duit sebanyak ‘lima ringgit dua kupang lima duit’ di dalam akaun nuffnang milik saya.
Huh, baaaanyak tu!
So, sapa kata tulis blog tak boleh buat duit?

3 comments:
Syabas Betey !! Tuan Fakur lebih tabah dan sabar untuk terus menulis manakala ninja masih tak keruan untuk menulis blog secara serius.
Ketepikan dulu imbuhan bagi mencari wang tambahan kerana formula terbaik untuk mencari wang adalah menjerut diri sendiri ke arah blog politik. Demam pilihanraya yang semakin dekat sudah pasti mampu 'draw cash ' dengan lebih cepat dan mudah.
Penulisan Novel tidak semata-mata untuk di jual tetapi mampu di tulis sebagai karya sendiri. Kenapa sebut Novel perlu bertemakan Cinta ? Novel juga boleh menceritakan hal lain bukan ? hehehehehe ...
Ciptakan sebuah Novel dimana jalan terakhirnya di pilih sendiri oleh pembaca ... Kok kamu mengerti ? Ceritakan dari A hingga V sahaja. dimana pembaca bakal memilih ending cerita berkenaan samada W , X , Y atau Z . Menarik bukan ? :p
ninja:
sapa yang sanggup nak baca kalau sesebuah novel tu lebih cenderong utk mengupas persoalan yang agak berat lagi mencabar minda?
bukan nak katalah, kebanyakan orang kita (tak semua) suka sangat berkhayal dan berangan. mereka tak suka berfikir secara serius.
dan sikap suka berkhayal dan berangan itulah yang dimanipulasi oleh pihak lain untuk senang buat duit.
sebagai buktinya kalau ninja ada masa cuba pi kelebek novel2 yg berlambak dijual di mana2 kedai buku.
disana nanti saya pasti ninja akan ketemu jawabannya.
ada pahem? he he he...
ninja
aku baru separuh 2.75
jadi la, start tahun lepas
kalau adsense aku dah pernah claim usd100. La ni punya baru 50++ tak boleh claim lagi
Post a Comment